10 sipat

"Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yg berada dalam perjuangan kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yg berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah diizinkan Allah mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh didalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yg tinggi. Sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama Allah, sama ada dalam perkara yg benar atau yg salah, dengan sengaja atau tersilap. Apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dengan nama Allah secara sengaja atau tersilap. Maka Allah akan membuka pintu Nur/cahayaNya. Akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. Pangkatnya Disisi Allah akan ditinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yg kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya. Sifat kedua ialah si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja. Apabila ia telah dapat membuang perbuatan yg tidak diingini itu dan telah menjadi sebati dengan dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga seolah-olah ia tidak tahu bohong dan apabila didengarnya orang lain berbohong maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. Jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya"

"Sifat ketiga ialah sihamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji ataupun jangan berjanji langsung. Dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yg seimbang untuk diikut. Kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. Jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yg tinggi akan diberi kepadanya. Orang-orang yg benar akan cinta kepadanya. Pangkatnya Disisi Allah akan ditinggikan. Sifat yg keempat sihamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. Kerana sifat ini adalah diantara sifat-sifat yg baik dan kebajikan. Ini adalah satu sifat yg benar. Jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yg baik dibawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan baginya pangkat kerohanian yg tinggi dan dia akan dipelihara dari kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya"

_FUTUHUL-GHAIB

Komentar

Postingan populer dari blog ini

IJIN MELAPORKAN

SEDEKAH DAGING 😇